Wednesday 11 May 2011

Bonda Ku Yang Teristimewa

Hari Ibu yang jatuh pada hari Ahad, 8 May yang lalu memberi kesempatan kepada anak-anak khususnya untuk menyambut hari insan yang paling istimewa dalam hidup kita semua.... iaitu Ibu...

Apa jua panggilan sama ada ibu, emak, mama, mamy, umie, bonda... mereka adalah insan yang paling berjasa dalam hidup kita semua...

Bonda ku: SANIAH HJ MANAN


Pak Engku cukup bertuah kerana dikurniakan seorang bonda yang Pak Engku panggil Mak yang sgt bertanggungjawab dan telah byk berkorban membesarkan Pak Engku sejak kecil lagi.... Walaupun beliau bukanlah mak yang melahirkan tapi beliau merupakan mak yang sempurna untuk Pak Engku...

sewaktu mak mengerjakan umrah pada April 2011 yg lalu


Terlalu besar pengorbanan mak pada Pak Engku.. dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, mak telah memberi didikan yang sempurna untuk Pak Engku... Kasih sayang, keselesaan, kesenangan, dan segala-galanya telah dicurahkan untuk Pak Engku... Itulah kasih seorang mak... yang sanggup buat apa sahaja untuk anaknya... mak sanggup bersusah-susah supaya anak nya senang, mak sanggup x tido malam tatkala anak nya sakit, supaya anaknya cepat sembuh, mak sanggup berpenat lelah, membanting tulang demi anak-anak yg dicintai nya.... Mak terlalu istimewa... Mak adalah segalanya.... Mak adalah kurniaan ALLAH yang paling berharga....

Pak Engku bersama mak


Mak Pak Engku bernama SANIAH HJ MANAN.... berusia hampir 60 tahun mak masih bekerja sebagai Tukang Masak utama di Prescott Hotel.... bukan kerja mudah dan senang menjadi tukang masak di sebuah hotel... kerja ini memerlukan pengalaman dan yang peling penting tenaga yang diperlukan untuk memasak dalam kuantiti yang banyak apabila terdapat function2/event2 yang mencecah beratus-ratus tetamu...

ALHAMDULILLAH, mak masih sihat.. tiada penyakit2 seperti darah tinggi, kencing manis dan sbg nya... Pak Engku tahu mak bukanlah kuat seperti dahulu... namun semangat mak yang kuat.. yang penting baginya biarlah Pak Engku dapat belajar tinggi2 kerana dengan pendidikanlah yang dapat mengubah nasib keluarga...

Mak dah kerja di Prescott Hotel berbelas tahun... sebelum ini mak merupakan seorang suri rumah... mak adalah wat kerja2 sampingan seperti menjahit, jadi baby sitter dan sbg nya... nak cari duit poket lebih untuk membantu abah... dan mak terpaksa bekerja di pertengahan usianya demi membantu abah untuk menyara keluarga yang dicintainya...

sewaktu melancong ke Singapore


Mak memang terkenal sbg tukang masak yang hebat... air tangan mak tidak pernah mengecewakan sesiapa jua yang menikmati hidangan yang disediakan oleh mak... masa muda2 dulu mak selalu g kursus2 masakan.. mak pun selalu jadi tukang masak untuk kenduri2 kahwin... pengalaman mak telah membuatkan mak seorang tukang masak yang cukup hebat...

Mak ngan kak nor


Mak dapat banyak anugerah sepanjang bekerja di Prescott.. bangga dengan mak.... dan Pak Engku nak cite kat kawan2 semua tentang Hari Ibu, 8 May yg lalu...

Hari Ibu yang lalu mak terpaksa bertugas selama 16 jam.. dari pukul 4 pagi sampai 8 malam.. semata2 untuk menyediakan juadah untuk sambutan Hari Ibu di Prescott... kalau orang lain sambut Hari Ibu dengan penuh gembira bersama keluarga.... Mak pula terpaksa membanting tulang demi tugas dan tanggungjawab... Pukul 8 malam itu Pak Engku jemput mak pulang dari kerja dalam keadaan mak yang keletihan teramat sgt.. namun mak masih tersenyum melihat Pak Engku... Pantas Pak Engku ucapkan kepada mak SELAMAT HARI IBU.... lalu mencium tangan dan pipi mak..

Dalam perjalanan pulang, Pak Engku sempat singgah di Pasar Malam membeli juadah kesukaan mak... beli kuew tiow goreng, murtabak, sate, dan putu mayam.... sampai shj dirumah Pak Engku suruh kakak Pak Engku sediakan makanan dan minuman untuk makan malam bersama.... abah tiada dirumah pada hari itu kerana shif malam... walaupun sambutan hari ibu untuk mak itu tidaklah seberapa tapi ia cukup bermakna bagi Pak Engku...

family kecil Pak Engku

Pak Engku memang cukup manja dengan mak... yelah anak bongsu mak... mak sentiasa menjadi motivasi, pendorong bagi Pak Engku terus melangkah ke depan untuk mengejar kejayaan... mak sentiasa disisi  Pak Engku... kasih sayang dan perasaan antara Pak Engku dan mak cukup mendalam... sewaktu mak tiada disisi Pak Engku rasa mati, i'm dead without u mom... Pak Engku x boleh berjauhan dengan mak... semenjak dari kecil lagi....


abah dan mak dalam Saudi Airlines

mak mmg suke coklat.. mase nie ngan adik mak n my cousin kat Singapore




sesungguhnya jasa dan pengorbanan mak x dapat dilupakan... hargai dan sayangi lah mak kita...
semoga mak sentiasa dalam perlindungan ALLAH SWT... ameen...


2 comments:

  1. be a good son.. n i believe, u r such an excellent person. And i feel very proud to have u as friends.. Insyaallah, kita akan menjadi anak yg baik dan yg pastinya akan membahagiakan ibu bapa kita didunia n akhirat.. terima kasih utk post ini...

    ReplyDelete
  2. tq aliffarhan.. im proud too to have u as my fren... n i hope our frienship last forever... insyaALLAH semoga ibu bapa kita sentiasa dirahmati... ameen..

    ReplyDelete