Tuesday 7 June 2011

Terima Kasih FSPPP.... "Budi Mu Ku Sanjung, Jasa Mu Ku Junjung"



Hye KAWAN-KAWAN!!!

Lame Pak Engku x update blog kan???... Yelah, Pak Engku kan busy nak exam ICSA... Chewahhh, mcm la study hard sgt kann..  Busy sbb kelas yg full, mane tak nye kelas ganti plus ngan kelas tambahan plus dengan kelas yg sedia ade... Hahaha.. Boleh imagine x mcm mane pale hotak Pak Engku berputar dan berpinar...????

Nie la rhupe nyeee... Omeyy angatt... Haha...

Begitu lah al-kisah nyer... Jadi skang Pak Engku dah merdeka!! YEAYYYYYYY!!!... Betapa girang nye hati Pak Engku memang tidak lah terperi... Mane x nye, tempoh setahun pengajian professional Pak Engku di UiTM telah pun TAMATTT!!!

Abis dah segala seksa nye belajo... Lepas nie Pak Engku nak keje pulakk.... Jadi Pak Engku nak ucapkan lah Selamat Tinggal kepada FSPPP dan UiTM Shah Alam....

Pejam celik, pejam celik dah 3 tahun Pak Engku kat FSPPP UiTM...
2 tahun untuk Degree , setahun untuk Professional ICSA. Sepanjang belajo kat FSPPP nie punye lah banyak dugaan, cabaran, kesusahan, keseronokkan, kebahgiaan, dan kepedihan yg telah ku lalui dengan penuh tabah dan sabar... Klu x sabar dah lame dah BYE-BYE... Hehehehe....

Bertukar environment dari IPTS ke IPTA memang sedikit sebanyak memberi tamparan kepada Pak Engku... Bukan setakat itew, pertukaran kos dari Accounting ke Corporate Admin juga memberikan cabaran.... Pak Engku melangkah masuk ke FSPPP tanpa seorang pun kawan.... sedangkan yg laen membawa suku sakat mereka dari UiTM cawangan.... 

Pak Engku cepat menyesuaikan diri.... Sekejap je Pak Engku dah dapat kawan dan mule menjadi popular ... Hahahaha...  Jangan ingat Pak Engku perasan ye, Pak Engku yang pada mule nye xde geng nie telah dilantik menjadi WAKIL BATCH (Batch Representative) dalam CASS (Corporate Admin Students Society)...

Maka bermula lah dunia Pak Engku sebagai pemimpin pelajar yang aktif berpersatuan dan beraktiviti...  Kejap je Pak Engku mule rapat dengan pelajar-pelajar senior, staf-staf FSPPP, dan para pensyarah.... Banyak aktiviti yang Pak Engku join dan menjadi AJK walaupun masih baru di FSPPP...

Antara aktiviti di Part 3 itu ialah:

1)  Pengacara Majlis MAICSA-UiTM Conference.
2) AJK Jelajah Berbasikal Shah Alam sempena Kemerdekaan.
3) AJK Program Jalinan Kasih, Besut Terengganu.
4) Program Bubur Lambuk CASS.
5) Malam Pra-Graduan.
6) A Talk with former President of India.
7) Persidangan Mahasiswa FSPPP Se-Malaysia.

Itulah antara program-program yang disertai Pak Engku mase Semester 1 (Part 3).. Bab study  plak Pak Engku menghadapi banyak masalah... Pak Engku terpaksa mengambil extra subjek sampai full credit hours.... Sudah la x biase dengan reading subjek (Organizational Behaviour, Total Quality Management, Business Law, Malaysia Legal System) sume nye wat Pak Engku sangat lelah.... Nasib baek Pak Engku ade kawan2 yg baek dan sentiasa membantu Pak Engku..

Kelas Bahasa Arab (Third Language Class)
Lunch with Lecturers (Puan Saidah, Puan Nurul Aini) 
& Classmates...
Bersama keluarga angkat dalam Program Jalinan Kasih.



Di semester kedua (Part 4) pula Pak Engku telah dilantik menjadi Naib Presiden CASS.... Maka bertambah sibuk la Pak Engku dengan segala macam aktiviti....  Banyak program yg Pak Engku join mahupun organise, antaranya:


1) AJK 'UiTM Students in Global Corporate Exposure 
Beijing 2009.
2) AJK Pesta Kuih FSPPP.
3) Fasilitator Program Induksi FSPPP.
4) Setiausaha Konsert Malam Amal Gaza.
5) Setiausaha KSN Annual Lecture.
6) Setiausaha Majlis Makan Malam bersama Tokoh Alumni.
7) Setiausaha Khidmat Bakti Siswa, Pulau Tuba.
8) Emcee 'Students-Faculty Meeting'.
9) Fasilitator Program Motivasi SK Alam Megah.
10) Pengarah Projek Program Komuniti Universiti: Eksplorasi Ilmu Adat dan Warisan, Seri Menanti.
11) Ex-Officio program Eksplorasi 1 Malaysia Melaka.
12) Peserta Eksplorasi 1 Malaysia, Perak.
13) Penolong Pengarah Projek Program Ihya Ramadhan FSPPP
14) Ketua Perarakan Maulidurrasul FSPPP.
15) Pengurus Kempen Pilihanraya MPP 2010.
15) Pengarah Kempen Pilihanraya MPP 2011.
16) Delegasi Persidangan Mahasiswa FSPPP Se-Malaysia Melaka.
17) Perserta dan Ketua Perbarisan Karnival Sukan Antara Semester (KISAS).
18) Program Nur Kasih Ramadhan.
19) Karnival BacAS 2010.
20) Program Derma Darah FSPPP 2010.
21) Malam Apresiasi 2010.
22) Pengarah Projek Pesta Adat & Warisan, Seri Menanti.
23) Sukan Antara Fakulti.
24) Ketua Lawatan Akademik CCM.
25) Committee Member National Confererence on
Managing Change.
26) Skim Khidmat Pelajar.
27) Ekspo Selangkah ke UiTM.
28) Program Motivasi SMK Sg Rawang.
29) Winner of Mock Meeting Competition.


Itu lah antara program2 yang Pak Engku handle dan sertai... ALHAMDULILLAH, Pak Engku dapat Anugerah Tokoh Pelajar Pentadbiran Korporat diatas penglibatan Pak Engku di Fakulti.... Ia nya telah menjadi pendorong semangat untuk Pak Engku terus mencurah bakti... Pak Engku berazam 1 hari nant Pak Engku dapat menjadi salah seorang Tokoh Korporat yang terkemuka di Malaysia ini.. Amin...

Khidmat Bakti Siswa FSPPP, Pulau Tuba

AJK PROGRAM IHYA' RAMADHAN


Karnival Sukan Antara Semester (KISAS)



Sewaktu KSN ANNUAL LECTURE (Tali leher Pak Engku hadiah dari lecturer kesayangan Puan Saidah Hamizah originally from The Harrods, London)



Malam Pak Engku menerima Anugerah Tokoh Pelajar Pentadbiran Korporat


KARNIVAL BacAS 2010


UiTM Students in Global Corporate Exposure, Beijing 2009 (with Zaki & Puan Aliza)


Program Derma Darah FSPPP 2010


Program Komuniti Universiti: Eksplorasi Ilmu Adat & Warisan


Disepanjang kehidupan Pak Engku, ada turun naek yg x dpt dilupakan... Pak Engku bertuah dapat kawan2 yang sentiasa menyokong dan membantu Pak Engku ketika susah dan senang... THANK YOU soooo much frens!!!

Pak Engku pernah difitnah, pernah ditohmah, pernah dikeji, pernah disabotaj... Yang paling tidak mungkin Pak Engku lupakan ialah ketika kempen pilihanraya MPP 2011.... Pak Engku telah DIFITNAH bersama rakan2 dalam SURAT LAYANG yang ditabur di seluruh kawasan fakulti... Rase kelakar pun ade, tapi itulah realiti dunia... Ramai orang yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.... Pak Engku redha.... Terima kasih kepada pemfitnah dan penebar surat layang... Anda memberi Pak Engku pengalaman baru dalam hidup.... 

Begitulah kisah Pak Engku sepanjang di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP).... Yang elok dibuat pengajaran, yang buruk dijadikan sempadan.... Jangan lupa nantikan entri Pak Engku yang akan datang... Khusus untuk pengalaman Pak Engku semasa pengajian professional ICSA....  Jgn lupe untuk keep in touch ye kengkawan....


PAK ENGKU SAYANG FSPPP









Wednesday 11 May 2011

Bonda Ku Yang Teristimewa

Hari Ibu yang jatuh pada hari Ahad, 8 May yang lalu memberi kesempatan kepada anak-anak khususnya untuk menyambut hari insan yang paling istimewa dalam hidup kita semua.... iaitu Ibu...

Apa jua panggilan sama ada ibu, emak, mama, mamy, umie, bonda... mereka adalah insan yang paling berjasa dalam hidup kita semua...

Bonda ku: SANIAH HJ MANAN


Pak Engku cukup bertuah kerana dikurniakan seorang bonda yang Pak Engku panggil Mak yang sgt bertanggungjawab dan telah byk berkorban membesarkan Pak Engku sejak kecil lagi.... Walaupun beliau bukanlah mak yang melahirkan tapi beliau merupakan mak yang sempurna untuk Pak Engku...

sewaktu mak mengerjakan umrah pada April 2011 yg lalu


Terlalu besar pengorbanan mak pada Pak Engku.. dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, mak telah memberi didikan yang sempurna untuk Pak Engku... Kasih sayang, keselesaan, kesenangan, dan segala-galanya telah dicurahkan untuk Pak Engku... Itulah kasih seorang mak... yang sanggup buat apa sahaja untuk anaknya... mak sanggup bersusah-susah supaya anak nya senang, mak sanggup x tido malam tatkala anak nya sakit, supaya anaknya cepat sembuh, mak sanggup berpenat lelah, membanting tulang demi anak-anak yg dicintai nya.... Mak terlalu istimewa... Mak adalah segalanya.... Mak adalah kurniaan ALLAH yang paling berharga....

Pak Engku bersama mak


Mak Pak Engku bernama SANIAH HJ MANAN.... berusia hampir 60 tahun mak masih bekerja sebagai Tukang Masak utama di Prescott Hotel.... bukan kerja mudah dan senang menjadi tukang masak di sebuah hotel... kerja ini memerlukan pengalaman dan yang peling penting tenaga yang diperlukan untuk memasak dalam kuantiti yang banyak apabila terdapat function2/event2 yang mencecah beratus-ratus tetamu...

ALHAMDULILLAH, mak masih sihat.. tiada penyakit2 seperti darah tinggi, kencing manis dan sbg nya... Pak Engku tahu mak bukanlah kuat seperti dahulu... namun semangat mak yang kuat.. yang penting baginya biarlah Pak Engku dapat belajar tinggi2 kerana dengan pendidikanlah yang dapat mengubah nasib keluarga...

Mak dah kerja di Prescott Hotel berbelas tahun... sebelum ini mak merupakan seorang suri rumah... mak adalah wat kerja2 sampingan seperti menjahit, jadi baby sitter dan sbg nya... nak cari duit poket lebih untuk membantu abah... dan mak terpaksa bekerja di pertengahan usianya demi membantu abah untuk menyara keluarga yang dicintainya...

sewaktu melancong ke Singapore


Mak memang terkenal sbg tukang masak yang hebat... air tangan mak tidak pernah mengecewakan sesiapa jua yang menikmati hidangan yang disediakan oleh mak... masa muda2 dulu mak selalu g kursus2 masakan.. mak pun selalu jadi tukang masak untuk kenduri2 kahwin... pengalaman mak telah membuatkan mak seorang tukang masak yang cukup hebat...

Mak ngan kak nor


Mak dapat banyak anugerah sepanjang bekerja di Prescott.. bangga dengan mak.... dan Pak Engku nak cite kat kawan2 semua tentang Hari Ibu, 8 May yg lalu...

Hari Ibu yang lalu mak terpaksa bertugas selama 16 jam.. dari pukul 4 pagi sampai 8 malam.. semata2 untuk menyediakan juadah untuk sambutan Hari Ibu di Prescott... kalau orang lain sambut Hari Ibu dengan penuh gembira bersama keluarga.... Mak pula terpaksa membanting tulang demi tugas dan tanggungjawab... Pukul 8 malam itu Pak Engku jemput mak pulang dari kerja dalam keadaan mak yang keletihan teramat sgt.. namun mak masih tersenyum melihat Pak Engku... Pantas Pak Engku ucapkan kepada mak SELAMAT HARI IBU.... lalu mencium tangan dan pipi mak..

Dalam perjalanan pulang, Pak Engku sempat singgah di Pasar Malam membeli juadah kesukaan mak... beli kuew tiow goreng, murtabak, sate, dan putu mayam.... sampai shj dirumah Pak Engku suruh kakak Pak Engku sediakan makanan dan minuman untuk makan malam bersama.... abah tiada dirumah pada hari itu kerana shif malam... walaupun sambutan hari ibu untuk mak itu tidaklah seberapa tapi ia cukup bermakna bagi Pak Engku...

family kecil Pak Engku

Pak Engku memang cukup manja dengan mak... yelah anak bongsu mak... mak sentiasa menjadi motivasi, pendorong bagi Pak Engku terus melangkah ke depan untuk mengejar kejayaan... mak sentiasa disisi  Pak Engku... kasih sayang dan perasaan antara Pak Engku dan mak cukup mendalam... sewaktu mak tiada disisi Pak Engku rasa mati, i'm dead without u mom... Pak Engku x boleh berjauhan dengan mak... semenjak dari kecil lagi....


abah dan mak dalam Saudi Airlines

mak mmg suke coklat.. mase nie ngan adik mak n my cousin kat Singapore




sesungguhnya jasa dan pengorbanan mak x dapat dilupakan... hargai dan sayangi lah mak kita...
semoga mak sentiasa dalam perlindungan ALLAH SWT... ameen...


Sunday 1 May 2011

Post Pertama Pak Engku

Assalamualaikum... Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia!! Pak Engku dah 'ber-blog' skang....hahaha... Sebenarnya dah lame sgt2 menyimpan hajat untuk ade personal blog.. sebelum ini cume maintain blog Go-Green Crew je, blog tentang kelab yang Pak Engku tubuhkan untuk remaja belia dan mude mudi beraktiviti... soo, bile lg kan Pak Engku nak ade blog sendiri... blog nie Pak Engku nak tulis ape2 aje yg Pak Engku rase nak tulis... kalau ade yg nak komen ke, nak menghentam ke silakanlah.... itu pun kalau berani la... hahaha... yg pasti skop tulisan Pak Engku meliputi pelbagai aspek kehidupan.... dan yg penting bile Pak Engku dah start menulis maka akan bergegar lah dunia penulisan blog dengan tulisan berani mati Pak Engku nnti.... hahahahaha... (macam power sgt) wateva!!! hehe.. 

comeyy tak Pak Engku sinyummm??? hehe



Orang kate kalau x kenal maka x cinta.... Korang nak mengenali Pak Engku x??? Yela tentang latar belakang  Pak Engku dan macam2 lg!!! nakkkkk tak??????? Haaaaa mestilah korg nakk kan... Pak Engku ni mude lagi org nye... baru 24 tahun... Panggilan Pak Engku nie adalah daripada seorang Tuan Imam Al-Ustaz Hj Mat Akhir (Allahyarham)... Ustaz selalu memuliakan saya dengan panggilan Pak Engku... Begitulah indahnya akhlak seorang Tuan Imam walaupun jauh lebih tua tp beliau menghormati dan menyayangi insan yang lebih muda dari diri beliau... Kini, Ustaz telah kembali ke Rahmatullah, tiada lagi insan yang memanggil sy dengan panggilan Pak Engku.. Maka sy ingin abadikan panggilan itu menjadi nama pena saya didalam blog ini....


Justeru itu, Pak Engku mengharapkan sokongan dan dokongan (chewahh) dari anda semua untuk membaca, mengomen, memberi cadangan, menghentam, dengan kritikan yang membina di blog Pak Engku nie ye...

SEMOGA KITA BERTEMU KEMBALI DI POST PAK ENGKU YANG KEDUA NNTI YER..
TUNGGGGGUUUUUU.......... =))))